Resepi Mee Hokkien Halal

Pernah anda mencuba mee hokkien?. Rasa nya yang sedap dan tak pedas sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak makan makanan pedas. Resepi nya pon sangat mudah. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan mee hokkien halal.


Bahan-bahan penyediaan :
  1. 1 kg mee hokkien - mee kuning leper
  2. 100 gram udang - buang kulit dan bersihkan
  3. 100 gram isi ayam - potong dadu
  4. 1 biji lobak merah - hiris halus memanjang
  5. 5 keping cendawan kering - rendam dalam air panas hingga kembang dan hiris
  6. 5 batang jagung muda - belah empat
  7. 2 keping kek ikan - hiris nipis
  8. 1 biji cili benggala - potong dadu
  9. 1 pokok sawi chap choy - dikerat
  10. 2 sudu besar cili kisar
  11. 3 ulas bwang putih - cincang
  12. Suku labu bawang besar - cincang
  13. 2 sudu besar kicap mee
  14. 1 sudu besar sos tiram
  15. 1 cawan air
  16. 2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan suku cawan air
  17. Garam 
  18. Minyak masak

Cara-cara Menyediakan nya :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga layu 
  2. Masukkan cili kisar dan kacau dari semasa ke semasa hingga pecah minyak
  3. Masukkan isi ayam dan kacau seketika kemudian masukkan air, udang, kek ikan, lobak merah, jagung, kicap mee, sos tiram dan garam. Kacau dan biarkan mendidih
  4. Masukkan mee, kacau dan masukkan sawi chap choy serta cendawan. Kacau lagi hingga rata
  5. Akhir sekali, masukkan cili benggala dan bancuhan tepung jagung. Kacau dan padamkan api
  6. Hidang kan panas-panas. Kalau anda ingin kan sedikit pedas, boleh la buat cili potong atau cili jeruk
Senang je kan. Total 5 steps sudap pon siap. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Mee Hokkien Halal"

Post a Comment