Musim cuti sekolah ini, terdapat banyak majlis orang kahwin yang berikan wajik sebagai buah tangan "doorgift" kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis mereka. Tetapi biasalah, nama pun buah tangan sudah pasti kuantiti nya agak sedikit. Bagi sesiapa yang tidak puas menikmati atau sudah lama mengindam wajik delima . Mari kita cuba buat sendiri resepi makanan tradisional ini.
Bahan-bahannya;-
- 1 kilogram Beras Pulut
- 1 kilogram Gula
- 1 kilogram Santan
- Sedikit garam
- Pewarna sirap
- Daun pandan
Cara penyediaannya:-
- Rendam pulut semalamam dan masukkan sekali pewarna sirap
- Kukuskan pulut selama 30 minit - sentiasa dibalikkan dan digaul sedikit demi sedikit santan cair dan garam.
- Rebuskan air bersama gula pasir sehingga larut - ditapis
- Panaskan semula air gula yang ditapis sehingga mendidih, masukkan daun pandan serta garam
- Setelah mendidih, masukkan santan biarkan ia mereneh selama 30minit dengan api yang kecil.
- Biarkan ianya masak sehingga gula berbuih, berkilat dan bertali
- Sejurus selepas tu, masukkan pulut dan gaul sehingga sebati.
- Biarkan pulut menjadi separa kering, kemudian mampatkan wajik kedalam loyang , sejukkan dan sedia untuk dipotong
0 Response to "Resepi Wajik Delima"
Post a Comment