Resepi Biskut Kacang Mazola


    Tak perlu tunggu hari raya, anak tekak rasa nak makan kuih mazola pula. Kempunan jom kita baking biskut mazola pula malam ini.



    Bahan-bahannya adalah :
    • 1 Kilogram Kacang Tanah
    • 1 Kilogram Tepung Gandum
    • 2 Cawan Gula Icing
    • 700 ml Minyak Jagung Mazola
    • 1 Sudu besar Garam
    • 3 Biji Kuning Telur *untuk sapuan
    Cara-cara menyediakannya adalah :
    1. Goreng Kacang Tanah tanpa minyak 
    2. Sangai dan buangkan kulitnya, kemudian kisar halus 
    3. Kemudian masukkan dan satukan kacang yang dikisar bersama Tepung Gandum, Gula Icing, Minyak Jagung Mazola dan Garam 
    4. Ulikan adunan sehingga sebati
    5. Setelah sama rasa, bentukkan mengikut citarasa anda *boleh tekap menggunakan acuan
    6. Jangan lupa sapukan kuninh telur diatasnya
    7. Panaskan Ketuhar Oven pada suhu 170 darjah c dan bakar selama 20-25minit.
    8. Sejukkan dan simpankan ke dalam bekas kedap udara

    0 Response to "Resepi Biskut Kacang Mazola"

    Post a Comment