Resepi Laksa Johor Ikan Parang

Resepi Laksa Johor amat berlainan dengan laksa di negeri utara Malaysia, mungkin ada di antara viewers yang tertanya-tanya kenapa laksa Johor menggunakan spaghetti berbanding laksa negeri lain yang lebih berunsur tradisi tempatan seperti menggunakan laksa dari tepung beras dan sebagainya. Barangkali ada sejarahnya yang tersendiri, dan ada sumber mengatakan penggunaan spaghetti adalah kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari barat.  Untuk masak resepi ini agak rumit dan bahan yang digunakan pula adalah gabungan dari perbagai unsur menarik seperti rempah kari, kerisik dan isi ikan.  Kuahnya pula dihidangkan pekat dan kebiasaannya orang Johor makan dengan menggunakan tangan sahaja. Memang betul betul sedap bila dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam ulaman yang fresh.
Sumber dari Google

Bahan-Bahan Asas:
  • 1 Kilogram Isi Ikan Parang *rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  •  Santan Pekat * dari 1 biji kelapa
  • 2 Sudu Besar Rempah Kari Daging
  • Minyak Masak
  • 1 Batang Serai *dititik
  • 3 Sudu Besar Kerisik
  • 1 Ikat Daun Kesum
  • 1 Kuntum Bunga Kantan *belah 4
  • 5 Helai Daun Pudina *dihiris nipis (jika suka)
  • 2-3 Keping Asam Keping
  • Gula Melaka
  • Garam *secukup rasa
Bahan-bahan untuk stock udang:
  • Isi Udang  *kulit dan kepala udang disimpan untuk direbus dari semangkuk udang 
  • 2 Ulas Bawang Putih *hiris nipis
Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
  • 1.5 inci Kunyit Hidup
  • 2 Inci Lengkuas
  • 2 Inci Halia
  • 15- 20 Tangkai Cili Kering *buang biji dan rendam air panas
  • 8-10 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 4 Batang Serai *dihiris nipis
  • 1 Sudu Besar Belacan telah dibakar
  • 1 1/2 Sudu Besar Udang Kering *direndam sampai lembut
Bahan-bahan untuk kisar halus (B):
  • Isi Udang, anggaran semangkuk kecil
  • 100g Isi Ikan Kurau Masin *rendam sampai lembut
  • Isi Ikan rebus (dari bahan atas)

Bahan-bahan untuk merebus Spaghetti:
  • 1 Paket Spaghetti
  • 1 Sudu Besar Garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit Minyak Zaitun

Bahan-bahan untuk Hiasan/Ulaman:
  • Timun tanpa biji *dibuat kulit dan di hiris nipis
  • Taugeh *buang ekor
  • Daun Kesum *hiris nipis
  • Kacang Panjang *hiris dadu
  • Bawang Besar *hiris nipis
  • Limau Kasturi
  • Lobak Masin *Celur dan Rincik Halus
  • Bunga Kantan *hiris nipis
  • Daun Selasih *hiris nipis

Bahan-bahan untuk Sambal Belacan:
  • 6-8 Biji Cili Merah
  • 10-15 Biji Cili Padi
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • Belacan Bakar *sebesar ibu jari
  • Air Perahan Jus Limau Kasturi
  • Garam dan Gula *secukup rasa

Cara-cara Penyediaannya :

Cara-cara untuk Stok Udang:
  • Kisar semua bahan sehingga halus.
  • Kemudian tapis airnya.

Cara-cara untuk Merebus Spaghetti:
  • Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
  • Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Cara-cara untuk Kuah laksa:
  • Panaskan Minyak Masak dan Tumis (Bahan Kisar A) sampai naik bau wangi.
  • Masukkan Serai yang dititik dan Serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
  • Masukkan pula (Bahan Kisar B), bersama Air Stok Udang dan Air Rebusan Ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan Santan, Kerisik, Daun Kesum, Bunga Kantan, Daun Pudina, Asam Keping, Gula Melaka dan Garam secukup rasa.
  • Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
  • Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman Sambal belacan

Cara-cara untuk sambal belacan:
  • Kisar/tumbuk Cili Merah, Cili Padi, Bawang Putih dan Belacan. Jika mengguna alat pengisar, tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
  • Perah Jus Limau Kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.


0 Response to "Resepi Laksa Johor Ikan Parang"

Post a Comment