Resepi Buffalo Chicken Wing

Hari ini, kita kongsikan resepi ala masakan America, iaitu  Buffalo Chicken Wing, masakan ini cukup dengan rasa manis, pedas dan masin. Sesuai diratah sahaja, biasanya disajikan ketika waktu makan malam. Jom kita cuba intai resepi ini, saya sertakan sekali video dari Dapur Bujang- Chef Fendi, untuk menjadi inspirasi kepada tuan dan puan. Selamat menjamu selera



Bahan Utama

  • Kepak Ayam
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam

Marinate dulu Kepak ayam dengan Serbuk Lada Hitam serta Garam seketika

Bahan untuk membuat kuah Sos

  •  Air
  • Serbuk Paprika
  • Serbuk Cili
  • Serbuk Lada Hitam
  • Cili Giling
  • Madu
  • Garam
  • Sos Tomato
  • Jus Perahan Lemon


Cara-cara menyediakannya 

  • Mula, bancuh Serbuk Cili, Serbuk Paprika, Cili Giling dengan Sedikit Air. Kacau sehingga sebati
  • Panaskan periuk, Masukkan Bancuhan Pes Chili tadi, tambahkan sedikit lagi Air. Kacau sehingga sebati.
  • kemudian masukkan Madu, sedikit Garam dan Sos Tomato.
  • Renehkan Kuah sos ini sehingga masak - gunakan api yang kecil
  • Sementara itu, panaskan kuali untuk menggoreng kepak ayam, Goreng sehingga kulit ayam menjadi garing tetapi tidak begitu kering. 
  • Sementara itu, Jangan lupa akan periuk yang mereneh kuah sos tadi. Sentiasa kacau kuah sos sehingga separa pekat dan padam api .
  • Masukkan Kepak ayam yang digoreng ke dalam periuk sos. 
  • Gaul sehingga semua permukaan kepah Ayam disaluti dengan kuah sos. 
  • Dan siap.
  • Sedia untuk dihidangkan atau dimakan begitu sahaja. 



0 Response to "Resepi Buffalo Chicken Wing "

Post a Comment