Resepi Popia Goreng Bersira

Mari kita cuba resepi yang ringkas,  tapi bisa membuat perut kita kenyang. Jangka masa untuk menyediakan juga tidak lama. Bak kata orang pejam mata pun boleh siap .


Bahan Utama 
  • Kulit Popia - boleh dibeli di Pasaraya terdekat 
Bahan untuk  membuat inti popia
  • 2 Ulas Bawang Putih - dicincang halus
  • 1 Biji Bawang Besar - dihiris halus
  • 1 Biji Sengkuang - dipotong memanjang dan halus
  • 1 Batang Lobak Merah -diparut separa halus
  • Sedikit Tauge
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Udang Kering - ditumbuk halus
  • Gula - secukup rasa
  • Garam - secukup rasa
Bahan bancuhan untuk melekatkan kulit popia
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • Sedikit Air
Bahan untuk membuat Sos Sira
  • 2-3 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1 Ulas Bawang Putih -ditumbuk halus
  • 1 Ulas Bawang Merah - ditumbuk halus
  • 2 Sudu Besar Cili Kisar
  • 3 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Gula
  • 1 Sudu Besar Cuka Makan
  • Garam - secubit rasa
  • Bawang Goreng - ditaburkan atas sos
Satu per satu cara penyediaannya 

1) Cara-cara untuk membuat Air Tepung lekat
  • Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat
2) Cara-cara untuk memasak inti popia
  • Panaskan Minyak dan tumiskan Bawang Putih dan Bawang Merah sehingga kekuningan
  • Masukkan sedikit Air dan Garam secukup rasa dan biarkan merenih sebentar
  • Apabila sudah mendidih, masukkan semua sayuran dan kacau sehingga rata
  • Biarkan sayur masak seketika dalam masa 6-7 minit
  • Selepas itu , boleh lah diangkat dan masukkan dalam penapis untuk disejat lebihan air
  • Biarkan bahan inti sejuk. 
3) Cara-cara untuk membalut dan menggoreng popia
  • Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
  • Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
  • Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat, Toskan lebihan minyak dan ketepikan.
4) Cara-cara untuk membuat sos sira pedas
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
  • Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan Bawang Goreng untuk hiasan.
  • Sudah siap
Tips dari Chef Amatur
  • Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan rangup.
  • Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti.

0 Response to "Resepi Popia Goreng Bersira "

Post a Comment