Resepi Daging Masak Merah

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Daging Masak Merah Ala kedai masakan Thai, semoga memberi manafaat pada semua. Selamat mencuba. 

Bahan Utama:

  • 500 Gram Daging Batang Pinang (Tenderloin) 
  • Pewarna Masakan *warna Merah
  • Air untuk merebus

  1. 500gram Daging dipotong ketul besar-besar dan rebus dengan sedikit pewarna merah. Simpan sikit air rebusan daging untuk kuah. Bila daging empuk, hiris nipis dan goreng sekejap. Toskan. *simpan minyak yang digunakan untuk menggoreng daging
Bahan untuk menumis & Kuahnya:

  • Minyak Masak
  • 1 Biji Bawang Holland
  • 2 Helai Daun Bawang atau Ketumbar
  • 5-6 Tangkai Cili Api (diketuk)
  • 3 Biji Bawang Putih (diketuk)
  • 2 Sudu Besar Cili Kering (dikisar)
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos ikan 
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Sayur Kacang Panjang / Lobak Merah/ Kobis Bunga *Boleh masukkan jika mahu
  • 2 Helai Daun Limau Purut
  • 1 Sudu Kecil Tepung Jagung & Air *dibancuh untuk memekatkan kuah
Cara-cara untuk memasak

  1. Panaskan Kuali, gunakan kembali minyak masak yang digunakan menggoreng daging tadi.
  2. Masukkan Bawang Putih dan Cili Kering yang dikisar, Tumiskan sehingga Cili Kering garing
  3. Kemudian, Masukkan Cili Padi, Sos Tiram, Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Ikan, kacau kesemua bahan seketika. Taburkan gula secukup rasa.
  4. Masukkan daging yang ditelah digoreng dan dihiris nipis tadi bersama sayur-sayuran* jika mahu dan Daun Limau Purut, Gaulkan sebati. 
  5. Jiruskan sedikit air rebusan daging, dan bancuhan Air Tepung Jagung  jika ingin berkuah lebih dan pekat. 
  6. Taburkan bawang Holland dan Daun Bawang, Gaul sedikit lagi. 
  7. Dan Siap. 
  8. Boleh dihidangkan dengan Nasi Putih panas. 

0 Response to "Resepi Daging Masak Merah "

Post a Comment