Resepi Kacang Panjang Bersama Pedal & Hati Ayam


Resepi ringkas untuk makan malam hari ini, saya kongsikan resepi sayur kacang panjang tumis bersama hati ayam. Jom cuba resepi ini.


Bahan-bahannya

  • Minyak Masak
  • Seikat Kacang Panjang 
  • 250 Gram Hati dan Pedal ayam- gaul garam & serbuk kunyit
  • Cili merah- dihiris
  • Bawang besar - dihiris
  • Cili padi
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Kicap manis - secukup rasa

Bahan untuk dikisar

  • 1 Biji  Bawang besar
  • 2 Biji  Bawang merah
  • 2 Ulas Bawang putih
  • 1/2 inci Halia
  • 1 Sudu Kecil kunyit serbuk
  • 1 Sudu Kecil Lada hitam
  • 1-2 Cili Merah

Cara-cara untuk memasak:

  1. Pertama , Gaulkan Hati dan pedal ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Kemudian panaskan minyak dan gorengkan Hati n Pedal ayam hingga garing dan masak, selepas ia masak boleh la di angkat dan ketepikan.
  3. Ambil sedikit lebihan minyak yg digunakan mggoreng hati tadi, untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan hati dan pedal ayam, Gaul hingga sebati
  5. Masukkan sedikit Air Asam Jawa dan Kacang Panjang, biarkan Kacang Panjang masak dan layu sedikit
  6. Masukkan Cili Padi, Cili merah, hirisan Bawang Besar, Gaul sehingga rata.
  7. dan akhir sekali boleh la taburkan Kicap manis ,Garam dan Gula secukup rasa. 


0 Response to "Resepi Kacang Panjang Bersama Pedal & Hati Ayam"

Post a Comment