Resepi Kari Ayam


Resepi Kari Ayam yang ringkas, sesuai untuk mereka yang sentiasa berada di dalam kesuntukan masa. Boleh dihidangkan bersama Nasi Putih , Telur dadar, Cili Kicap . Layannnnnnnnn



  1. 5-6 Ketul Ayam ( Isi, Paha, Kepak, Dada)
  2. Minyak Masak
  3. Air Masak
  4. 1 Biji Bawang Besar - dihiris kasar
  5. 3 Ulas Bawang Putih - ditumbuk halus
  6. 1 Inci Halia 
  7. 6 Sudu Besar Serbuk Kari Ayam
  8. 1 Sudu Besar Cili Kering - sudah dikisar
  9. Bunga Lawang , Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis
  10. 2 Tangkai Cili Hijau 
  11. 2 Biji Ubi Kentang - dipotong dadu
  12. 2 Biji Tomato
  13. 1 Helai Daun Kari
  14. Garam dan Gula - secukup rasa
Cara-cara untuk memasak:

  • Mula-mula bancuhkan Air bersama Serbuk Kari Ayam dan biarkan ia seketika
  • Selepas itu, panaskan Minyak dalam Periuk
  • Masukkan dan tumiskan  Bawang Merah, Halia dan Bawang Putih. Kemudian masukkan Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis sehingga naik bau semerbak dan kekuningan, kemudian lurutkan Daun Kari ke dalam periuk. Kacau seketika
  • Masukkan bancuhan rempah kari tadi, Tambahkan sedikit lagi Air. Biarkan ia mendidih, Kacau sehingga kuah pecah minyak
  • Setelah pecah minyak, boleh masukkan Ayam  dan Ubi Kentang. Kacau lagi
  • Tambahkan air sedikit, renehkan kuah kari sehingga 5-10 minit. Biarkan Ayam dan Ubi kentang menjadi empuk 
  • Biarkan ia mendidih, setelah pecah minyak. Tuangkan Santan. Kacau seketika 
  • Masukkan Tomato dan Cili Hijau 
  • Masukkan Garam dan Gula secukup rasa, Kacau buat kali terakhir. 
  • Dan siap


  


0 Response to "Resepi Kari Ayam "

Post a Comment