Resepi Kuih Lapis Labu

Resepi Kuih Lapis Labu 






Bahan-bahannya adalah : 

  • Bahan A : 
    • 2 Cawan Air
    • 1 1/4 Cawan Gula Halus
    • 1/2 Sudu Kecil Garam
    • 2 Helai Daun Pandan
  • Bahan B :
    • 2 Cawan Tepung Gandum
    • 1/2 Cawan Tepung Beras
    • 1/4 Cawan Tepung Jagung
    • 2 Cawan Santan Pekat
    • 2 Cawan Air
  • Bahan C : 
    • 1/2 Cawan Santan Pekat
  • Bahan D :
    •  2 Cawan Labu (yang dipotong kuib, direbus dan dilenyek / dikisar halus)

Cara-cara untuk menyediakan Adunan Santan & Labu

  • Didihkan dan masak Bahan A sehingga Gula menjadi larut , kemudian sejukkan ia seketika.
  • Dalam mangkuk / bekas yang lain, satukan kesemua Bahan B, Gaulkan rata dan masukkan Bahan A tadi ke dalam Bahan B
  • Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bekas
  • Bekas yang pertama masukkan Bahan C - Santan (Putih)
  • Bekas yang kedua masukkan Bahan D - Buah Labu (Kuning)
  • Disebabkan kita nak bagi nampak lapisan, kita perlu bahagikan setiap bekas Adunan  kepada 3 Bekas  ( 3 bekas Santan - Putih) (3 Bekas Labu - Kuning) dalam resepi ini buat 3:2layer (3kuning 2putih) 

Cara-cara untuk Mengukus dan membuat Lapisan

  • Didihkan periuk kukusan
  • Sapukan sedikit minyak masak dikeliling loyang acuan 
  • Masukkan Adunan Kuning (Labu) dan kukus selama 5-7 minit
  • Lapis yang kedua, masukkan Adunan Putih (Santan) dan kukus selama 5-7minit juga
  • Ulangi proses buat lapisan ini, sehingga habis
  • Tetapi Lapisan yang terakhir hendaklah dikukus selama 20minit dan gunakan api yang sederhana
  • Setelah masak, bolehlah keluarkan acuan dan sejukkan.
  • Biarkan ia benar-benar sejuk, baru boleh dipotong.
Selamat memcuba ðŸ˜Š

Kredit Resepi / Gambar: Fatimah Hafizan via Facebook

0 Response to "Resepi Kuih Lapis Labu"

Post a Comment