Resepi Bertih Jagung Goreng Berwarna -warni

Bila musim Hujan, Sejuk dan cuaca membataskan kita melakukan aktiviti outdoor,  mesti semua diantara kita berehat sahaja dirumah sambil layan drama,movies dekat TV. Jom kita try buat popcorn ini, boleh juga dijadikan snek, boleh juga jadikan aktiviti memasak bersama anak-anak, gerenti diaorang excited punya. 


Bahan-bahan dan Cara untuk menggoreng 

  • 500 gram Bertih Jagung 
  • 1 Sudu Besar Majerin 
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak

    • Panaskan Minyak dan Majerin kedalam kuali
    • Masukkan Bertih Jagung
    • Tutup Tudung Periuk/kuali.
    • Biarkan ia menggoreng *bunyi meletup pop-pop sehingga ia berhenti sendiri

Bahan-bahan dan cara untuk menyediakan Karamel 

  • 1 Sudu Besar Majerin
  • 5-6 Sudu Besar Gula Pasir
  • 2 Liter Air
  • Pewarna Masakan (ikut suka)


    • Panaskan kuali, cairkan Majerin
    • Kemudian masukkan Gula & Air
    • Biarkan sehingga Gula larut dan cair *Api yang sederhana
    • Padamkan api dapur. 
    • Tuang Air Gula kedalam beberapa bekas, titikkan beberapa pewarna masakan ke dalam bekas berlainan   
    • Tuangkan Bertih jagung yang telah digoreng tadi pada setiap bekas pewarna dan Gaulkan sehingga sebati.
    • Campurkan semua warna bertih jagung ke dalam satu bekas. 
    • Yeay, sudah siap snack kita .



0 Response to "Resepi Bertih Jagung Goreng Berwarna -warni"

Post a Comment