Resepi Kuih Serabai Kuah Durian

Tengok dekat stok Durian dekat dapur banyak lagi, Jom rajinkan diri buat kuih untuk santapan keluarga tersayang  sambil menonton TV drama Melayu. 
Kredit to Saripah bam resepi
Bahan-bahannya Untuk Buat Serabai:
  • 2 Cawan Tepung Beras
  • 3/4 Cawan Nasi Sejuk
  • 1 1/2 Cawan Air
  • 1 Cawan Air Suam
  • Setengah Cawan Santan
  • 1 Sudu kecil Yis Mauripan 
  • 2 Sudu Besar Gula
  • Garam Secukup rasa
  • Daun Pandan
  • Minyak Masak

Cara-cara penyediaan Serabai:
  1. Pertama, masukkan Gula dan Yis ke dalam Air Suam. Biarkan selama 10 minit.
  2. Kemudian , Kisarkan Nasi sejuk bersama Air sehingga hancur, setelah itu masukkan Santan, Tepung Beras dan juga Garam secukup rasa kisarkan semula.
  3. Keluarkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam bekas dan tuangkan campuran Air Suam, Yis dan Gula tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Perap hingga 2 jam
  5. Panaskan Kuali Acuan Serabai, pada sesiapa yang tiada.. pakai saja Kuali biasa
  6. Simpulkan Daun Pandan dan celupkan sedikit minyak. 
  7. Kemudian sapukan ke permukaan kuali acuan, Setelah benar-benar kuali panas, boleh mula tuangkan adunan Tepung Serabai 
  8. *Kalau pakai kuali biasa, tuang macam nak buat pankek
  9. Tutup adunan dengan Tudung Periuk sementara tunggu permukaan Serabai masak 
  10. Pastikan anda menggunakan api dapur yang sederhana.
  11. Sudah siap Serabai . Jom kita sediakan Kuah Durian pula

Bahan-bahan untuk buat Kuah Durian:
  • Durian Secukupnya
  • Santan
  • Gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • Daun Pandan

Cara-cara untuk buat Kuah Durian
  1. Campurkan Durian, Santan, Gula Melaka dan Garam ke dalam periuk
  2. Panaskan dan masak dengan menggunakan Api yang sederhana
  3. Kacau sehingga pekat.
  4. Siap untuk dihidangkan













0 Response to "Resepi Kuih Serabai Kuah Durian"

Post a Comment