Ketika bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini, saya berpeluang mencuba menikmati hidangan nasi lemuni yang dikatakan hanya boleh didapati di utara Malaysia sahaja. “Keistimewaan nasi lemuni ini bukan saja terletak pada nasinya semata-mata , daun lemuni ini dikatakan mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan seperti awet muda dan selalu dihidangkan kepada para ibu yang baru tamat berpantang selepas bersalin. Kepada mereka yang pencinta ulam-ulam dan herba. Mari kita cuba resepi ini.
Nasi Lemuni |
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Pucuk daun lemuni
- Jintan manis
- Jintan putih
- Biji Lada hitam
- Halia
- 3 ulas Bawang merah
- 3 ulas Bawang putih
- 3 cawan /pod Beras
- Air
- Santan
- Garam
- Kisar daun lemuni dengan air. Tapis patinya dan buang hampas daun lemuni tersebut.
- Kisarkan semula air pati daun lemuni tadi bersama-sama santan, jintan manis, jintan putih, halia, halba, serbuk lada hitam, sedikit biji lada hitam
- Basuh besar dan masukkan ke dalam periuk nasi
- Tuangkan bahan bahan yang dikisar ke dalam periuk nasi, kacau hingga sebati
- Jangan lupa tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Jika perlu, tambahkan juga air dan santan mengikut sukatan
- Dan siap, boleh hidangkan bersama telur rebus/ikan bilis/timun/sambal udang petai. Selamat menjamu selera.
0 Response to "Resepi Nasi Daun Lemuni"
Post a Comment