Resepi Nasi Kacang Dhal

Bosan makan nasi minyak, sekali sekala kita mesti try kelainan yang baru, Hari ini jom kita cuba resepi Nasi Kacang Dhal ni, pasti terangkat. 

goggle resepi


Ramuan-ramuannya: 

  1. 3 Cawan Beras Basmathi *dicuci, rendam 30min dan toskan
  2. 2/3 Cawan Kacang Dhal  *direbus hingga empuk dan toskan
  3. 1 Biji Bawang Besar *dipotong dadu
  4. 1/2 Inci Halia *dipotong memanjang
  5. 31/2 Cawan Air
  6. 1/4 Cawan Susu Cair
  7. 3 Sudu Besar Minyak Sapi
  8. Bunga Lawang, Cengkih dan Buah Pelaga
  9. Serbuk kunyit
  10. Garam *secukup rasa
  11. Daun Pandan
  12. Bawang Goreng *untuk hiasan dan menambahkan aroma kesedapan

Cara-cara untuk menyediakannya : 

  1. Panaskan Minyak sapi, Tumis Bunga Lawang, Cengkih dan Buah Pelaga berserta Daun Pandan. 
  2. Setelah wangi, Masukkan Bawang dan Halia , tumis hingga naik bau dan keperang-perangan.
  3. Kemudian, masukkan Serbuk kunyit dan Beras Basmathi, Gaul sebati. 
  4. Masukkan kacang dhal, Gaul sebati juga. 
  5. Akhir sekali masukkan air dan susu cair serta garam secukup rasa.
  6. Tanak nasi hingga masak. 
  7. Taburkan bawang goreng ketika menghidang.
  8. Sesuai dimakan bersama Gulai Dalca, Ayam Masak Rose, Kari Daging. 
  9. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Nasi Kacang Dhal "

Post a Comment