Resepi Buat Sendiri Sos Mayonis

Buat Mayonis sendiri bukanya susah sangat pun. Ia mudah  dan Jimat. Malah apabila buatan sendiri bukan saja sedap tetapi ia terang-terangan tidak dicampur bahan pengawet dan pewarna . Jom kita cuba buat Sos Mayonis ini sendiri.






Bahan -bahan untuk Homemade Mayonis

  1. 1 1/2 Cawan Minyak Masak
  2. 2 Biji Telur Ayam Warna Kuning sahaja *size A
  3. 2 Sudu Besar Jus Perahan Lemon
  4. Garam *secukup rasa
  5. 1/2 Sudu kecil Serbuk Mustard

Cara-cara membuatnya : 

  1. Guna alat pengisar biasa (blender). Masukkan kuning telur kedalam Pengisar 
  2. Masukkan Minyak sedikit demi sedikit sambil hidup dan matikan butang switch di Alat pengisar. 
  3. Apabila Telur Kuning mula sebati dengan Minyak, masukkan Jus Lemon. Dan putar lagi sehingga anda akan dapat satu sebatian yang tidak dimendak  dan tidak minyak.
  4. Selepas itu masukkan Serbuk Mustard dan Garam kemudian putar kali terakhir.
  5. Mayonis anda sudah tersedia. Boleh sediakan dan tuangkan ke dalam Balang atau Jar yang kecil
  6.  Mudah bukan. 

0 Response to "Resepi Buat Sendiri Sos Mayonis "

Post a Comment