Resepi Samosa Nutella

Kalau sebut samosa, mesti ingat yang pedas sahaja, Apa kata hari ini , kita cuba buat resepi Samosa berinti kan coklat Nutella ini..memang superb punya. 



Bahan-bahannya :
  1. 1/2 paket Kulit Popia (saiz besar)
  2. 1 Jar Nutella (Sederhana)
  3. Minyak Masak *menggoreng
  4. Sedikit Air
  5. Tepung Jagung *Melekatkan Kulit popia
  6. Serbuk Kulit Kayu Manis *sprinkling
  7. Gula Icing *sprinkling


cara nak balut samosa


Langkah Penyediaannya :

  1. Potong Kulit Popia kepada 2 bahagian (untuk dapatkan kulit yang memanjang)
  2. Letakkan Sehelai Kulit Popia atas Pinggan, Isikan sesudu Coklat Nutella.
  3. Lipatkan Kulit Popia berinti Coklat seperti bentuk Samosa. Lekatkan hujungnya dengan sedikit Air bercampur tepung jagung.
  4. Panaskan minyak (goreng rendam/deep fry). Gorengkan samosa sehingga kekuningan
  5. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  6. Taburkan serbuk kulit kayu manis atau gula icing sebagai hiasan.
  7.  Hidangkan.

0 Response to "Resepi Samosa Nutella "

Post a Comment