Resepi Serunding Daging Batang Pinang Opah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Saya nak tanya korang suka makan serunding tak?
Sedap kan? Lagi-lagi makan bersama nasi impit atau pulut kuning, Tahu makan saja, jom kita intai cara-cara dan ramuan-ramuan untuk membuat serunding daging. Mana tahu, bila ada masa yang sesuai , kita boleh cuba buat sendiri resepi ini.   


Sumber dari google




Bahan A :
  • 500 gram Daging Lembu *batang pinang
  • 2 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
  • 2 Sudu Kecil Serbuk Jintan Manis
  • 15 Tangkai Cili Kering *dikisar
  • 2 Helai Daun Kunyit dihiris halus-halus
  • 2 Keping Asam Gelugur
  • Kerisik 
  • Santan * 1 biji kelapa
  • Minyak Masak
  • Garam dan Gula secukup rasa

 Bahan B *dikisar

  • 10 Biji Bawang Merah
  • 7 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 1 Inci Lengkuas
  • 5-7 Batang Serai

Cara-cara untuk memasak serunding :
  1. Rebus daging Lembu sehingga empuk, lebih kurang 2-3 jam jangan biarkan ia terlalu kering. 
  2. Setelah empuk, biarkan ia sejuk seketika.  Kemudian siat daging halus-halus menggunakan pin.
  3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali 
  4. Tumis bahan B yang dikisar bersama Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Ketumbar sehingga pecah minyak.
  5. Selepas pecah minyak, masukkan Santan dan Daging yang disiat tadi. 
  6. Gaul dan kacau di atas api perlahan sehingga sama rata.
  7. Apabila kuah sudah agak pekat, masukkan Kerisik, Gula dan Garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama pulut kuning, roti, lemang, nasi impit atau nasi.
  9. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Serunding Daging Batang Pinang Opah"

Post a Comment