Resepi Indian Soup : Rasam Telur

Sup rassam atau dikenali sebagai "King of Soup" bagi masyarakat India. Seringkali dimasak pada hari hujan dan disajikan kepada orang yang sedang demam sejak turun temurun lagi. Dikatakan kombinasi sihat dari ramuan herba-herba dan lada hitam serta sayur-sayur pasti dapat membantu proses penyembuhan seseorang yang sedang demam atau sakit. Jom kita try resepi yang berkhasiat ini.





SUP RASAM TELUR

Bahan A:

  • 2 biji Telur
  • 2 Sudu besar Asam Jawa *dibancuh dengan air
  • 3 Sudu besar Serbuk Rasam Baba's
  • 3 Sudu kecil Biji Lada Hitam *dikisar kasar
  • 1 Biji Ubi Kentang
  • 2 Biji Tomato
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Garam *secukup rasa 
  • 1/2Kuib pati ayam * perisa
Bahan B  (tumis darat) :

  • 1 Ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 3-5 Cili Kering 
  • 2 Tangkai Daun Kari *dilurutkan
  • 1 Sudu kecil Halba Campur *(Jintan Putih, Jintan Manis, Biji Sawi dan Halba)
  • Minyak Masak
Cara-cara membuatnya:

  1. Renehkan Air Asam Jawa bersama Serbuk Rasam Baba's
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan Ubi Kentang biarkan sehingga Ubi menjadi empuk
  3. Kemudian masukkan Tomato dan bawang putih
  4. Sementara itu, boleh panaskan kuali untuk kita menumis darat bahan-bahan B
  5. Tumis Bahan-bahan B , sehingga bawang bertukar berwarna kuning keemasan dan naik bau wangi daun kari dan bawang
  6. Setelah itu, tuangkan terus bahan B yang ditumis bersama minyak ke dalam periuk kuah rasam yang masih mendidih tadi
  7. Pecahkan telur satu per satu, jangan kacau
  8. Tambahkan kiub pati ayam, Garam secukup rasa.
  9. Dah Selesai
  10. Gerenti keluar peluh bila makan Sup Rasam ini. Ia juga sesuai dimakan panas-panas dan hirup begitu sahaja. 








0 Response to "Resepi Indian Soup : Rasam Telur "

Post a Comment