Resepi Solok Lada Berjuntai

Solok Lada atau juga dikenali sebagai Lada Sumbat merupakan sejenis masakan tradisional popular di negeri Pantai Timur , merupakan hidangan istimewa yang lazimnya dimakan bersama nasi kerabu. Selain itu, Solok Lada juga dihidangkan didalam hidangan Yong Tau Fu.  Solok lada dibuat daripada Cili Hijau yang segar, dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada Kelapa Parut, Isi Ikan, dan santan.


Solok lada -sumber dr ggle


Nasi Kerabu bersama solok lada - Sumber google

Yongtaufoo - Sumber dari instagram :makansedap

Bahan Ramuannya ialah :

  1. 10 - 15 Cili Hijau atau Cili Merah *Size Besar
  2. 5 ekor Ikan Selayang 
  3. 2 Biji Bawang merah 
  4. 1 Biji Bawang Putih
  5. 1inci Halia
  6. 1 Biji Telur Ayam
  7. Kelapa Parut *muda 
  8. Santan 
  9. Garam *secukup rasa
  10. Gula *secukup rasa
Cara-cara membuat :
  • Siangkan Ikan Selayang hingga bersih, kemudian rebus seketika
  • Sementara itu, bolehlah bersihkan Cili Hijau dengan membuang biji nya sekali
  • Setelah selesai rebus, sejukkan ikan dan tos. Ambil isi ikan sahaja tanpa tulang & sirip dan kulit
  • Tumbuk lumat Isi ikan, Bawang merah, Bawang putih dan Halia dengan menggunakan lesung batu
  • Gaulkan bahan yang ditumbuk bersama Kelapa Parut dan Telur
  • Taburkan Gula dan Garam secukup rasa
  • Setelah cukup rasa, penuhkan dan isikan kelongsong Cili Hijau yang dibelah separa dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  • Akhir sekali, susunkan Cili yang penuh dengan isi ikan tadi, di dalam bekas penggukus serta jangan untuk siramkan air santan keatas Solok Lada itu.  
  • *Solok Lada ini boleh dimasak menggunakan dua kaedah,iaitu kukus atau rebus.
  • Anggaran masa untuk memasak ialah 10-15minit (Kukus) dan 5-10minit( Rebus)
  • Selesai dan sedia untuk dimakan bersama Nasi Kerabu, Yongtaufu, Nasi Dagang, dan Nasi Putih. 






0 Response to "Resepi Solok Lada Berjuntai"

Post a Comment