Resepi Siput Sedut Pucuk Ubi




Bahan-bahan Utama :
  • 1 Kilogram Siput Sedut 
  • Air 
  • 5 Cawan Santan Segar - secukupnya 
  • 3 Batang Serai - dititik 
  • 1-2 Keping Asam Gelugur
  • Garam dan Gula
  • Lengkuas
  • Seikat Daun Pucuk Ubi
  • Sehelai Daun Kunyit - direcik halus

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  •  10 Biji Cili Padi* bergantung tahap kepedasan individu
  • 2 Biji Cili Hijau
  • 2 Inci Kunyit

Cara-cara untuk memasak:
  1. Pertama, Basuh dan Bersihkan Siput Sedut  
  2. Kemudian potong hujung runcing tajam Siput Sedut 
  3. Bersihkan lagi Siput, kemudian Toskan ,biarkan ia seketika
  4. Panaskan Periuk dan masukkan semua bahan-bahan yang dikisar ,Serai dan Santan 
  5. Masakkan kuah, Apabila ia mula mendidih. Boleh masukkan Siput Sedut, 
    Asam Gelugur serta Pucuk Ubi , hirisan daun kunyit
  6. Jangan lupa taburkan Garam & Gula secukup rasa.
 

0 Response to "Resepi Siput Sedut Pucuk Ubi"

Post a Comment