Resepi Pencuci Mulut : Tapai Pulut

Tapai merupakan sejenis pencuci mulut tradisional yang amat digemari oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia. Terdapat dua jenis tapai yang popular dikalangan masyarakat kita iaitu Tapai Pulut dan Tapai Ubi. Hari ini mari kita kenal lebih dekat, tentang Tapai Pulut. 



Bahan utama yang digunakan untuk membuat Tapai Pulut adalah, Beras Pulut dan Ragi. Beras Pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam dan manis. Walaupun senang dan ramuannya ringkas, terdapat beberapa pantang larang yang orang tua-tua percaya dan suruh kita kena follow untuk mendapatkan rasa Tapai yang Umppph ( Terbaiklaa) Wallahwaalam..tak tahu betul atau tidak..mungkin mitos je

Sumber dari Google


Antara Pantang Larang untuk buat Tapai :-

  1. Wanita yang sedang datang bulan (haid / period) tidak boleh buat Tapai, Jika buat juga, Tapai tidak akan menjadi dan rasa masam
  2. Semasa membuat Tapai, tidak boleh berada atau berdekatan dengan objek-objek yang berwarna merah, Jika tidak warna Tapai akan menjadi merah
  3. Jika hendak buat Tapai, Kena senyap tidak boleh heboh-heboh beritahu orang lain. Nanti Tapai akan menjadi masam.
  4. Tidak boleh peram / bungkus menggunakan bekas besi atau aluiminium. Hendaklah menggunakan daun atau plastik sahaja. 

Okay jom kita try buat tapai.




Bahan-bahannya :

1) Daun getah / Daun Pisang/ Daun Keladi
2) Tooth pick / Lidi kelapa
3) Beras Pulut
4) Ragi
5) Air

Cara-cara membuat Tapai Pulut:

  1. Bersihkan Beras Pulut terlebih dahulu
  2. Kemudian, Kukuskan Beras Pulut sehingga masak, diselang seli menyiram air keatas pulut sedikit demi sedikit agar pulut kelihatan cantikx tidak lembik dan tidak begitu kering. 
  3. Setelah masak, keluarkan dari pengukus dan letakkan ke dalam dulang/bekas dan dibiarkan sejuk seketika.
  4. Taburkan Serbuk Ragi ke atas Pulut
  5. Kemudian, Gaulkan sehingga sama rata
  6. Setelah sebati, kepalkan Pulut sebesar bebola daging dan bungkuskan menggunakan daun pisang untuk menambahkan aroma.
  7. Klipkan dengan Lidi dan masukkan ke dalam bekas plastik.
  8. Tutup bekas plastik rapat-rapat, Perap Pulut ini selama 2-3hari didalam peti sejuk.
  9. Tanda Tapai sudah menjadi , apabila baunya sudah naik dan ia akan mengeluarkan air yang sangat manis.
  10. Sedia untuk dimakan. Selamat Mencuba 

0 Response to "Resepi Pencuci Mulut : Tapai Pulut "

Post a Comment