Resepi Rendang Udang Mabeles

Asyik-asyik bila dengar rendang mesti ayam atau daging, Hari ini kita cuba kelainan sedikit .
Kita gunakan Udang pulak untuk rendang kita. Jom intai, ramuan-ramuannya.




Ramuan-ramuannya ialah : 

  1. 1 Kilogram Udang * Size sederhana
  2. Minyak Masak
  3. 10 Biji Bawang Merah *dikisarkan
  4. 7 Biji Bawang Putih *dikisarkan
  5. 2 inci Halia & Lengkuas *dikisarkan
  6. 15 helai Cili Kering * dikisarkan
  7. 7-10 biji Cili Api *terpulang pada individu *dikisarkan
  8. 5 Batang Serai * Diketuk/Ditiitk
  9. 1-2 Keping Asam Gelugor ( Asam Keping la)
  10. Kerisik
  11. Jintan Putih
  12. Santan
  13. Garam
  14. Gula melaka
  15. Daun Kunyit (dihiris halus)

Langkah-langkahnya ialah :

  • Kisarkan bahan-bahan yang perlu dikisar terlebih dahulu dengan minyak masak.
  • Tumiskan Jintan Putih dan bahan-bahan yang dikisarkan tadi sehingga garing dan wangi 
  • Masukkan Santan , Kerisik , Asam Keping, Gula Melaka dan Serai. Kacau bahan-bahan dan gaul sehingga sebati. Masak dan biarkan ia menjadi separa kering. 
  • Kemudian, masukkan Garam secukup rasa serta Udang dan biarkan Udang masak (Jangan terlalu lama, kerana untuk mengelakkan udang menjadi kecut dan tidak juicy)
  • Setelah hampir masak, boleh kita taburkan daun kunyit yang telah direcik halus keatas rendang.
  • Kacau seketika , dan Rendang siap untuk dihidangkan bersama Nasi Putih, Pulut atau Nasi Minyak


0 Response to "Resepi Rendang Udang Mabeles"

Post a Comment