Cara-cara DIY Tanam Taugeh yang segar bugar

Sebenarnya cara tanam sayur taugeh ini , kita sudah belajar semasa kita sekolah lagi, dalam mata pelajaran Sains tetapi kita jarang praktikkan, yela semua nak beli sahaja, kan lebih mudah. Bila sudah beli, semestinya kualiti kesegaran sayur taugeh pasti akan merundumkan hati..Jadi ada baiknya, kita tanam sendiri (Do it yourself la) .. Disamping dapat jimat, segar, dan bersih sebab sendiri buatkan.


Gambar Nurhafizah Sharif 

Bahan-bahannya:


  1. Kacang Hijau
  2. Tisu dapur (kitchen towel)
  3. Kain net
  4. Towel Sapu Tangan (towel good morning tu)
  5. Bekas yang berlubang kecil atau berjaring
  6. Air *secukupnya (mesti siram 2kali dalam sehari)

Cara-caranya adalah:

  1. Basuh hingga bersih dan rendam Biji Kacang Hijau selama 8 jam
  2. Lapiskan Tisu Dapur pada bekas yang berlubang
  3. Lapisan yang kedua, lapiskan dengan Kain Net - Tujuan untuk senang nak gunting akar tu. Tak payah la perisi atau patahkan akar bila nak masak. Jimat masa..(kebiasaannya, tak ramai orang letak kain net ni)
  4. Taburkan Biji Kacang Hijau
  5. Kemudian tutup dengan Tuala Sapu tangan (handtowel) - sebagai pemberat
  6. Selepas itu, tutup la dengan penutup bekas tu.
  7. Simpan bekas di tempat gelap selama 4-6 hari dan mesti siram 2 kali dalam sehari
  8. Selepas itu, boleh laa gunting sahaja akar ye..
  9. Selamat Berjimat
Tips Nurhafizah Sharif Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) nak dapatkan taugeh fresh (https://goo.gl/zm3NED)

0 Response to "Cara-cara DIY Tanam Taugeh yang segar bugar"

Post a Comment