Resepi Ayam Goreng Telur Masin

Herm, ikut citarasa terkini , Ayam Goreng KFC yang bersalut keunikkan telur masin memang tidak puas walaupun beli satu bucket, Mari kita cuba buat sendiri tanpa tambahan perisa-perisa yang diawetkan. Selamat dan terjamin.


Bahan-bahannya adalah

Untuk Ayam 

  • 500 Gram Isi Ayam *dibuang tulang dan dipotong kecil
  • 1 Biji Putih Telur  *dipukul sederhana
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • ½ Cawan Tepung Beras
  • 1 Sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • Secukup Minyak Masak *untuk menggoreng

Untuk sos telur masin

  • 1 Sudu Besar Mentega tanpa garam (unsalted butter)
  • 1 Sudu Besar Minyak Masak
  • 3 Ulas Bawang Putih *dicincang
  • Segenggam Daun Kari
  • 2 Biji Telur Masin *ambil yang kuning sahaja dan direbus serta dilenyek
  • 5-8 Biji Cili Padi *ditumbuk
  • ½ Cawan Susu Sejat
  • 1 Sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • 2 Sudu kecil Gula
  • ¼ Sudu kecil Tepung Jagung, dicampur dengan 1 Sudu besar Air sebagai pemekat

Untuk hiasan

  • 2-3 Tangkai Cili Padi *dicincang
  • 3-4 Tangkai Daun Kari *digoreng

Cara-cara Memasak

  1. Pukul Telur Putih bersama Sos Tiram dan perap potongan Ayam selama 1 jam.
  2. Gaulkan Tepung Beras dan Maggi Cukup Rasa di dalam mangkuk sederhana, golekkan Ayam di dalam Tepung dan angkat ke dalam piring lain.
  3. Panaskan kuali, goreng Ayam sedikit demi sedikit sehingga garing dan kuning keemasan. Toskan minyak dan biarkan seketika.
  4. Panaskan Mentega dan Minyak masak di dalam kuali, masukkan Bawang Putih dan Daun Kari – goreng sehingga garing. Masukkan Telur Masin(Kuning), Cili Padi dan masak sehingga ia meruap.
  5. Perlahankan api dan tambah Susu Sejat, Maggi Cukup Rasa dan Gula. Reneh seketika sehingga kuah memekat. Masukkan ayam dan Gaul sehingga kuah menyaluti semua bahagian ayam. 
  6. Taburkan Daun Kari serta Cili Padi yang digoreng dan Sedia untuk dihidangkan.
  7. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Ayam Goreng Telur Masin "

Post a Comment