Resepi Gulai Udang Kacang Remunggai

Istimewa sedikit kali ini, kita share resepi Gulai Udang Kacang Remunggai . Kacang ini memang rare nak jumpa, jika terjumpa jangan lepas peluang untuk memasaknya. Ia mempunyai pelbagai panggilan seperti Kelor, Munggai, Romungai. Ia mempunyai khasiat yang amat mengagumkan dan kaya dengan Vitamin. Jom kita cuba resepi ini. 





Bahan-bahan 

  1. Kacang Remunggai – *disiang kulit kerasnya dan dipotong
  2. Udang 
  3. 1 Paket kecil Serbuk Rempah Babas untuk Kari Ikan - *dibancuh dengan sedikit air
  4. 1 Paket kecil Serbuk Rempah Babas dan Udang Pedas – *dibancuh dengan sedikit air dan bahan kisar
  5. 1 Cawan Santan
  6. Kacang Dhal
  7. Daun Kari
  8. Sedikit Minyak Masak *untuk menumis
  9. Air secukupnya

Bahan tumbuk / kisar

  1. 3-4 Ulas Bawang Merah
  2. 3 Ulas Bawang Putih
  3. Sedikit Halia
  4. Kisar semua bahan dan bahagi dua bahagian, satu untuk tumis, dan satu bahagian lagi dibancuh bersama rempah kari

Cara-caranya

  1. Rendamkan kacang dhal
  2. Panaskan Minyak, tumis bahan yang dikisar dan Daun Kari. Kemudian masukkan bancuhan rempah yang dicampur separuh Bawang kisar.
  3. Masak sehingga rempah garing dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan  kacang dhal serta remunggai. Masak seketika remunggai sehingga lembut.
  5. Masukkan Santan dan tunggu sehingga mendidih. Perasakan garam secukup rasa.
  6. Bila mendidih, masukkan Udang, kacau dan masak sekejap. 
  7. Siap!

0 Response to "Resepi Gulai Udang Kacang Remunggai"

Post a Comment