Resepi Kuih Lesung Batu


Resepi Kuih Lesung Batu kali ini agak unik kerana namanya yang jarang kita dengar, sebab kuih tradisional ini sudah semakin pupus dek era cupcake, cheese tart ini. Jom cuba resepi yang mudah ini. 


Bahan-bahan untuk membuat Kuih Lesung Batu
  1. Tepung pulut
  2. Santan pekat
  3. Gula pasir
  4. Garam
  5. Air
  6. Pewarna hijau
  7. Daun pisang (jika ada)
Cara-cara untuk membuat
  1. Tepung Pulut diuli bersama air garam 
  2. Letak pewarna sedikit, kemudian uli sampai menjadi seperti doh kuih koci
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan susun dalam loyang yang dialas daun pisang.
  4. Jika tiada daun pisang, loyang hendaklah disapu dengan sedikit minyak.
  5. Lepas siap susun tadi. picit ditengah-tengah supaya berlubang (lubang seperti lesong batu)
  6. Masukkan loyang tadi dalam pengukus dan tuangkan santan pekat yang telah dibancuh dengan sedikit garam
  7. Tuangkan santan berhati-hati dan jangan sampai masuk dalam lubang
  8. Kemudian letakkan gula pasir dalam lubang tadi
  9. kukus selama 10~20 minit
  10. Siap.. selamat mencuba

0 Response to "Resepi Kuih Lesung Batu"

Post a Comment