Resepi Padped Ayam

Amboi, hari ini diinspirasikan resepi Makcik I yang berasal dari Thailand, iaitu Padped Ayam.  Padped adalah sambal untuk masakan lauk bersama sayur serta cili.  Amat terkenal di Thailand.


Bahan untuk Sambal Padped *ditumbuk lumat - (2 Sudu besar)
  1. Sedikit Serai 
  2. 1 Inci Lengkuas 
  3. 3-5 Tangkai Cili api 
  4. 2-3 Tangkai Cili kering 
  5. Secubit Serbuk Kunyit 
  6. Belacan 
  7. Kulit limau purut sedikit 
  8. Bawang putih, 
  9. Bawang merah 
  10. Sedikit lada hitam 
  11. Akar daun ketumbar 
  12. Garam
Bahan Utama 

250 - 500 Gram Isi Ayam  *dipotong kecil
2 Sudu besar Sambal Padped *bahan yang ditumbuk diatas
1/4 cawan Susu Segar
1/4 air/stok Ayam
Satu Ikat Sayur Kacang Panjang
2-3 helai Daun Limau Purut
1 Sudu Besar Sos ikan
1 Sudu besar Gula
Minyak masak *secukupnya

Cara-caranya

  1. Panaskan Minyak ke dalam kuali, kemudian tumiskan Sambal Padped yang ditumbuk diawal tadi hingga naik wangi
  2. Masukkan Isi Ayam dan kacau sehingga ayam masak
  3. Kemudian Masuk Air dan Susu sejar kacau biar sebati dengan ayam
  4. Masuk bahan perasa dan kacau sehingga sebati
  5. Kemudian masukkan sayur Kacang Panjang, sehingga masak tutup api
  6. Sedia untuk menjamu selera

0 Response to "Resepi Padped Ayam "

Post a Comment