Sumber dari Google |
Bahan A (ayam)
- 1 Ekor Ayam (1 kg lebih)
- 3 Biji Bawang Putih *dicincang halus atau dikisar
- 1/2 Biji Halia *saiz sederhana (dipotong nipis)
- 1 Kiub Pati Ayam *maggi
- Sedikit Garam
- 4 Biji Cili Merah
- 2 Biji Bawang Putih
- 1/2 Biji Bawang Besar
- 3/4 inci Halia *saiz sederhana
- 1 Sudu Kecil Minyak Bijan
- 1 Sudu Besar Gula
- 2 Sudu Besar Sos Cili Maggi atau Sos Cili Thai
- 1 Sudu Besar Cuka Makan
- 4 Cawan Beras Biasa atau beras jasmine
- 2 Sudu Besar Minyak
- 2 Biji Bawang Putih
- 2 inci halia (dihiris nipis)
- 1 Sudu Besar minyak bijan
- Daun Pandan (kalau nak untuk tambah wangi)
- 1/2 Bahagian Air Rebusan Ayam tadi
- 1/2 Bahagian Bahan Tumis Nasi Ayam
- Daun sup
- Salad
- Timun
- Tomato
Untuk ayam:
- Mula-mula letak ayam dalam periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga masak lebih kurang 30 minit.
- Selepas itu, Angkat ayam dan ketepikan.
- Air rebusan ayam itu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
- Bila nak makan baru potong ayam dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
Untuk sambal lada:
- Kisar semua Bahan B dan masak hingga agak pekat.
Untuk sup dan nasi:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih dan halia.
- Setelah agak garing separuh bahan tumis itu dicurah dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti.
- Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
- Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
- Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
- Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu.
0 Response to "Resepi Nasi Ayam Hainan yang Senang"
Post a Comment