Resepi Ayam Szechuan Ala Thai

Ayam Szechuan Ala Thai pasti tidak mengecewakan, Mari kita tengok resepi ini. 


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 3 Ketul Isi Dada Ayam - |*dihiris
  • 2 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 1/2 Sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Besar Taucu
  • ½ Biji Bawang Besar |*dihiris
  • 4 Ulas Bawang Putih |*dihiris
  • 1 Sudu Kecil Kicap Pekat Manis
  • Gula |*secukup rasa
  • 2 Sudu Kecil Serbuk Cili Thai
  • 1/2 Cawan Kacang Tanah/ Gajus Goreng
  • 8 Tangkai Cili Kering
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara untuk memasaknya :

  1. Di dalam mangkuk, gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
  3. Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan. 
  4. Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.

0 Response to "Resepi Ayam Szechuan Ala Thai"

Post a Comment