Resepi Kek Batik Milo Dot Dot Dot

Selepas disejuk di dalam Peti Sejuk - Sumber dari google


Susun Biskut Jejari dengan teratur : Gambar hiasan

Bahan-bahan untuk membuat Kek Batik
  • 2 cawan Serbuk Milo
  • 1/2 tin Susu Pekat * ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu besar Serbuk Koko 
  • 1 buku Buttercup *dicairkan
  • 1 peket Biskut Jejari
  • 1 sudu Esen Vanila
Cara-cara menyediakannya
  1. Cairkan Buttercup didalam periuk, kemudian masukkan Susu Pekat, Kacau sehingga sebati. (Api dapur yang sederhana)
  2. Selepas itu, masukkan Serbuk Milo, dan Serbuk Koko, kacau kesemuanya hingga sebati
  3. Masukkan Esen Vanilla, kacaukan bahan-bahan kali terakhir dan padamkan api dapur
  4. Kemudian, masukkan lapisan pertama adunan Milo tadi, dan susunkan Biskut Jejari ke atasnya, dan curahkan adunan Milo untuk lapisan kedua, ulanginya sehingga Aduanan Milo dan Biskut Jejari habis. 
  5. Setelah selesai, sejukkan adunan ini di dalam Peti Sejuk selama 4-5 jam
  6. Sudah Siap.
  7. Selamat Mencuba


0 Response to "Resepi Kek Batik Milo Dot Dot Dot "

Post a Comment