Resepi Sayur Taugeh & Kucai Goreng Kicap


Hari ini, saya nak kongsikan resepi yang sangat mudah disediakan dan sentiasa menjadi pelengkap hidangan.  Sayur Taugeh bersama sayur kucai.  


Bahan-bahannya
  • 200 gram Sayur Tauge
  • 40 gram Udang/ Udang Kering
  • Seikat daun kucai - kerat-kerat 1 inci
  • 2 keping Tauhu - potong kiub kecil 
  • 1 labu Bawang Besar - dihiris kasar
  • 2 ulas Bawang Putih - dihiris nipis
  • 1 tangkai Cili Merah - potong serong
  • sedikit Serbuk CukupRasa Meggi
  • 3 sudu besar Kicap Cair/Masin
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • Sedikit Cuka
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara-cara untuk penyediaannya
  1. Panaskan Minyak dan tumis Bawang Besar, Bawang Putih , Udang hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan Tauhu, Biarkan seketika
  3. Masukkan Kicap Cair, sos tiram dan kacau sebentar.
  4. Masukkan  taugeh, Cili dan kacau sekaligus dan garam serta Cuka & CukupRasa Meggi secukup rasa.
  5. Masak sekejap saja. Jangan sampai sayur layu.
  6. Dan Siap, Boleh dihidangkan. 

0 Response to "Resepi Sayur Taugeh & Kucai Goreng Kicap "

Post a Comment