Resepi Sup Kerang Dara yang Segar


Bahan Utama ( Bersihkan kerang)

  • 1 kilogram Kerang Dara
  • Air
  • 5 sudu Garam 
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung
  • Sedikit Ais Batu / Kuib Ais

Bahan untuk membuat kuah sup 

  • Air *secukupnya sesuai selera
  • 2 Batang Serai
  • 4 Biji bawang putih*dihiris kasar
  • 2 ulas Bawang Merah *dihiris kasar
  • 2 inci Halia 
  • Irisan Daun bawang *bahagian batang
  • Daun sedleri
  • Garam
  • Maggi Cukuprasa
  • Tomato (hanya untuk pemanis)

Cara-caranya adalah

  1. Bersihkan kerang di air mengalir sampai bersih, digosok dengan berus gigi lebih bagus sampai Kerang benar-benar bersih dan tidak berpasir.
  2. Rendam kerang dengan air yang sudah direndam dengan Ais batu, garam, tepung jagung dan diramas-ramas kembali sehingga bersih dan cuci diair mengalir lagi
  3. Rebus kerang sampai mendidih dan buang air rebusan pertamanya. 
  4. Rebus kembali kerang (air agak banyak kerana mahu kuahnya enak) setelah mula mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah dan Serai
  5. Kemudian masukkan daun bawang, garam dan Maggi Cukuprasa
  6. Akhir sekali, masukkan daun seledri dan ketika disajikan tambahkan tomato. Sesuai disajikan bersama dengan sambal kicap/sos Thai/ Sambal Belacan

0 Response to "Resepi Sup Kerang Dara yang Segar"

Post a Comment