Resepi Ikan Pari Bakar Ala Portugis

Hah, Sedap Ikan Pari buat bakar, kecur pula air liur semasa menaip resepi ini. Jom kita check it out.


Bahan-bahan : (Utama)

  • Ikan pari - dikerat kepada potong kecil

Bahan-bahan : (Dikisar)

  • 2 Biji Buah Keras
  • 3 biji Bawang Putih
  • 2 biji Bawang merah
  • 1 batang Serai
  • 6 batang Cili kering

Bahan-bahan : (Lain-lain)

  • Hirisan daun limau purut
  • Air Jus perahan limau nipis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Maggi CukupRasa
  • Daun pisang
  • Bendi

Sumber : Google sayahappyselalu


Cara-cara untuk menyediakannya :

  1. Kisar Buah keras, Bawang Putih, Bawang Merah, Serai & Cili Kering. Tambahkan sedikit Air.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak & naik bau wangi. Letakkan Hirisan Daun Limau Purut dan air perahan jus Limau Nipis. Perasakan tumisan tersebut dengan serbuk Maggi CukupRasa, Garam dan Gula.
  3. Basuh ikan pari dan letakkan di atas aluminium foil serta di lapikkan dengan sehelai daun pisang
  4. Curah bahan-bahan yang dikisar tadi. Wrap dan biar longgar bungkusan. Letakkan sayur bendi beberapa hiris. Tepi-tepi tu lipat supaya tertutup rapat. Masak atas frying pan di atas api kecil. Biarkan sampai masak.
  5. Apabila Aluminium foil menggelembung (Anggaran 2–3 minit). boleh angkatlah ikan tu.


Tips : Kebaikan menggunakan aluminium foil ialah kulit ikan pari tak keras macam kite bakar di dapur arang dan isi ikan pun tak kering.

0 Response to "Resepi Ikan Pari Bakar Ala Portugis"

Post a Comment