Resepi Ringkas Sotong Sweet Sour

Selalu sangat masak sweet sour ikan, hari ini kita tukar sedikit dengan sotong. Boleh tahan juga.


Bahan yang diperlukan

  • 3 ekor Sotong saiz besar - dipotong bulat
  • 1 inci Halia – ditumbuk sikit
  • 2 ulas Bawang Putih – diracik
  • 2 sudu besar Cili Kering - dikisar
  • 3 sudu besar Cili Sos
  • 1 sudu besar Sos Tomato
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Maggi CukupRasa
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • 1 biji Bawang Besar – dimayang
  • 1/2 biji Tomato – potong dadu
  • sedikit Nenas – potong dadu
  • Timun - potong dadu

Cara untuk menyediakannya

  1. Panaskan Minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan Bawang Putih dan Halia sehingga kekuningan dan wangi
  3. Kemudian, diikuti dengan Cili Kering yang dikisar.
  4. Selepas itu ,masukkan Sos Cili, Sos Tiram dan Sos Tomato. 
  5. Taburkan sedikit Maggi Cukup Rasa, Garam dan Gula. Kacau sekejap.
  6. Kemudian, barulah masukkan Sotong, Bawang Besar yang dimayang, Nenas, Timun dan Tomato. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  7. Siap untuk dihidang.

0 Response to "Resepi Ringkas Sotong Sweet Sour "

Post a Comment