Resepi Kuih Lompang Gula Merah

Resepi Kuih tradisional yang tidak pernah luput dek panas, tak lekang dek hujan, cuma zaman sekarang sudah tidak banyak orang jual, jadi kita kena la buat sendiri kan.  Tidak la susah pun, Jom intai resepi nya.










Bahan-Bahan yang diperlukan

  • 1 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1 sudu teh Kapur Makan
  • 1sudu besar Tepung Jagung
  • 1/2 cawan Gula Pasir
  • 1 keping Gula Melaka
  • 1 cawan Air
  • 1 cawan Santan Cair
  • Daun pandan
  • Kelapa parut 
  • Garam

Cara-cara untuk membuatnya

  1. Masak dan didihkan Gula, Gula Melaka, Air, Santan dan Daun Pandan yang disimpul sehingga larut.
  2. Apabila Air Gula telah sejuk,  masukkan ke dalam bekas yang berisi Tepung Beras, Air Kapur, Tepung  Jagung, terus kacau hingga sebati.
  3. Tapiskan dan masukkan ke dalam acuan-acuan cawan lompang yang telah di sapu minyak. 
  4. Kemudian, boleh mula mengukus dalam  tempoh 15-20 minit,  kemudian akhir sekali,  hidangkan bersama kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam. 
  5. Mudah kan? Selamat Mencuba 

0 Response to "Resepi Kuih Lompang Gula Merah "

Post a Comment