Resepi Kuih Cucur Balak dari Utara


Kuih Balak ini sebenarnya terdapat pelbagai versi dan panggilan, seperti di Pantai Timur. Kuih Balak ini manis, ia adalah kuih Ketayap atau kuih gulung.  Versi Utara , mereka olahkan dari bancuhan cucur, menjadi kuih balak ini.  mari kita cuba resepi ini. 

Kuih Balak - Google

Bahan-bahan


  • 250 gram Tepung Gandum
  • Sebiji Telur Ayam
  • Serbuk Kunyit
  • Garam 
  • Daun Kucai
  • Air secukupnya

Cara-cara untuk membancuh adunan

  1. Kisar semua bahan diatas, pastikan acuan tidak terlalu cair atau pekat, cuma bancuhan likat seperti bancuhan membuat roti jala.
  2. Kemudian, panaskan kuali tanpa minyak dengan api sederhana.
  3. Masukkan bancuhan tadi dan Lenggangkan serta gulungkan bancuhan tadi. (seperti membuat kuih ketayap)
  4. Kemudian, barulah digoreng sehingga garing/ ada jugak diantara kita yang gemarkan jika ia tidak digoreng. *terpulang pada citarasa masing-masing  
  5. Enak dimakan bersama kuah kacang
Kuih Balak yang digoreng

Kuih Balak yang tidak digoreng


Resepi Kuah kacang yang ringkas 

Bahan-bahannya 

  • 500gram Kacang Tanah 
  • 250gram Cili kering
  • Bawang Merah -di kisar
  • Bawang Putih - di kisar
  • 2 Batang Serai - di ketuk
  • Air Asam
  • Gula Merah
  • Gula pasir
  • Garam

Cara-cara untuk menyediakan Kuah Kacang

  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak, *dibuang kulit dan dikisar kasar selepas itu disejukkan
  2. Begitu juga dengan Cili Kering *digoreng tanpa minyak dan dikisar .
  3. Tumiskan Bawang Merah , Bawang Putih, Cili Kering bersama Serai. Kemudian masukkan Kacang yang dikisar, Gula Melaka, Gula Pasir dan Air Asam Jawa. 
  4. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Perisakan dengan Garam secukup rasa. 
  6. Dah Siap, Selamat Mencuba.  


0 Response to "Resepi Kuih Cucur Balak dari Utara"

Post a Comment