Resepi Garlic Parsley Potatoes Kenny Rogers

Hari ini, kita kongsikan Resepi ulam / salad ala barat yang amat la senang dibuat, jika anda biasa makan di Kenny Rogers anda pasti pernah makan sebagai side dish yang dimakan bersama ayam panggangnya. Jom kita buat sendiri hari ini.



Bahan-bahan yang diperlukan


  • 4 biji Ubi kentang (saiz besar), potong wedges
  • Dried parsley/daun parsley segar, kalau guna yang segar, potong halus
  • 100gram Unsalted Butter
  • Garlic powder/serbuk bawang putih
  • Secubit garam

Cara-caranya adalah
  1. Rebus kentang sehingga masak. Jangan terlalu lama dan lembik. Tips : Cara nak tau kentang dah masak, cucuk dengan garfu, kalau senang nak tanggalkan, maknanya di dalam nya dah masak sempurna. Tos & ketepikan sebentar. 
  2. Dalam sauce pan / kuali kecil, cairkan unsalted butter. Apabila sudah cair, tutupkan api. Masukkan garlic powder secukup rasa, kalau tak suka rasa bawang putih yang kuat, letak sikit je cukup. Masukkan daun parsley & garam.
  3. Masukkan kentang yang direbus tadi.  Gaul sebati. Sedia untuk dihidang, Ia sedap dimakan begitu sahaja sebagai salad atau bersama ayam panggang , steak, chicken chop. 
  4. Selamat menjamu selera.


0 Response to "Resepi Garlic Parsley Potatoes Kenny Rogers"

Post a Comment