Resepi Kuih Permata Zamrud

Alahai, Cantik sangat kuih ini,  rasa pun sedap manis dan berlemak pula di luar. Sedap sangat.



Bahan A: ( Doh Buah Melaka)

  • 1 1/2 cawan Tepung Pulut
  • Air *secukupnya
  • Sedikit Pewarna hijau
Cara-cara untuk buat Kuih Buah Melaka
  1. Campurkan bahan diatas, Gentelkan dan bulatkan hingga menjadi seperti doh buah melaka atau koci

Bahan B : (Membuat Inti Kelapa)

  • 1/2 biji Kelapa Parut
  • 1 cawan Gula Merah
  • 2 sudu besar Gula Pasir
  • 2 helai Daun Pandan

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa

  1.  Campurkan kesemua bahan dan masak & kacau sehingga sebati.
  2. Sejukkan seketika, sebelum dimasukkan kedalam doh buah melaka.

Bahan C: ( Bancuhan Santan)

  • 2 cawan Santan Pekat
  • 1/2 cawan Tepung Beras
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 1/2 sudu kecil Garam

Cara-cara untuk buat Bancuhan Santan

  1. Satukan kesemua bahan diatas, 
  2. Didihakan atas api dan kacau sehingga naik wap sahaja (jangan pekat) untuk memudahkan proses menuang ke dalam acuan nanti. Guna api perlahan


Cara-cara menyediakan Kuih Zamrud 

  1. Sediakan bekas acuan cawan lompang *disapu minyak masak sedikit
  2. Masukkan Doh Kuih Buah Melaka yand sudah dimasukkan Inti Kelapa, ke dalam bekas acuan cawan lompang, letakkan ia ditengah-tengah bekas acuan. 
  3. Kemudian, barulah boleh dituangkan bancuhan santan tadi. Tips : Untuk memudahkan dan kemas, masukkan bancuhan santan ke dalam piping bag. 
  4. Selepas itu, kukuskan kuih selama 10-15minit dengan api dapur yang sederhana. 
  5. Sejukkan seketika dan sudah siap.
  6. Enak dimakan sebagai juadah berbuka puasa.  

0 Response to "Resepi Kuih Permata Zamrud"

Post a Comment