Resepi Kurma Daging yang Ringkas

Resepi yang ringkas ini, amat sesuai disediakan ketika kita kesuntukan masa dan nak cepat ( Waktu sahur/ berbuka / Makan malam)
Kali ini, resepi kurma ini tidak menggunakan herba-herba seperti kayu manis dan buah keras. Cukup la serbuk rempah kurma. Ada diantara kita, lebih gemar kuah kurma daging menjadi sedikit kering. 


Bahan-Bahan:

  • 400gram Daging - dipotong sedikit nipis
  • 5 ulas Bawang Merah - dihiris
  • 3 ulas Bawang Putih - dihiris
  • 1/2 in Halia - dihiris
  • 2 sudu besar Rempah Kurma
  • 1 1/2 cawan Air
  • 2/3 cawan Santan Segar
  • 2 biji Ubi Kentang - dipotong wedges
  • 3 - 5 biji Cili Hijau
  • Garam -secukup rasa
  • Gula - secukup rasa
  • Minyak
  • Daun Ketumbar 

Cara-cara Memasak

  1. Panaskan Minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris
  2. Tumiskan sehingga terbit bau yang wangi.
  3. Masukkan Rempah Kurma yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau
  4. Biarkan sehingga pecah minyak , Kemudian masukkan Daging. Gaul rata. 
  5. Biarkan daging masak dan sebati dengan kuah seketika, kemudian tambahkan air
  6. Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang
  7. Apabila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan Santan Segar, Garam dan sedikit Gula. Kacau rata
  8. Masak lagi lebih kurang 5 -10 minit dan boleh masukkan tomato (jika mahu) dan Cili hijau hiasan. 
  9. Masak sehingga kepekatan kuah dan kekeringan yang dikehendaki dan bolehlah dihidangkan.

0 Response to "Resepi Kurma Daging yang Ringkas"

Post a Comment