Resepi Perut Masak Lemak Cili Api

Kita sharekan resepi makanan exotik, yela tidak semua diantara kita gemar akan Perut Lembu mungkin juga tidak dapat diterima tekak. hehe.. Perut Lembu masak lemak cili api, kalau kena pada cara memasaknya empuknya, memang laa sedap kecur air liur masa saya taip. Selain cukup lemak dan pedas, perut lembu yang dicuci bersih juga memainkan peranan penting agar tidak berbau hamis. Ok jangan buang masa lagi, mari kita sekodeng resepi ini   

Gambar dari puan mariani

Bahan-bahan yang diperlukan


  • 1 kilogram Perut Lembu
  • 1 Gengam Cili Api 
  • 1 inci Kunyit Hidup 
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • 3 batang Serai - diketuk 
  • Santan Pekat dan Cair dari 1 biji kelapa 
  • 1 helai Daun Kunyit- hiris halus 
  • Garam *secukup rasa
  • Air secukupnya
 Cara-cara untuk menyediakannya
  1. Cuci sehingga bersih perut lembu dan kemudian rebus hingga ia menjadi empuk . (kalau nak cepat guna saja Pressure Cooker) 
  2. Apabila sudah masak dan empuk, toskan/buang air rebusannya dan potong kecil.
  3. Sementara itu,  Tumbuk hingga halus Cili Api dan Kunyit Hidup. 
  4. Kemudian, masukkan Perut , Cili Api dan Kunyit yang ditumbuk halus, Air , Serai dan Santan Cair ke dalam periuk, masak sampai mendidih. 
  5. Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit Santan Pekat , kacau sehingga rata. 
  6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang dihiris halus dan perisakan dengan Garam secukup rasa.
  7. Boleh tambahkan asam belimbing buluh atau nenas jika ada, pasti lebih kick !!
  8. Selamat mencuba


0 Response to "Resepi Perut Masak Lemak Cili Api"

Post a Comment