Resepi Ringkas Kerabu Telur Dadar

Bila kesuntukkan masa dan diet seorang diri, ini adalah resepi yang paling best untuk kita buat


Bahan A : Utama :

  • 3 biji Telur
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • Secubit Garam
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung

Bahan-bahan B untuk kerabu :

  • 1 biji Bawang Besar - hiris nipis
  • 1 kuntum Bunga Kantan - mayang halus
  • 1 genggam Daun Kesom -mayang halus
  • 1 biji Tomato - dibuang biji & dipotong dadu
  • 1 genggam Ikan Bilis -  yang telah digoreng
  • 1 sudu kecil Sos Ikan
  • 2-3 biji Limau Kasturi -diambil jusnya
  • Sedikit Gula

Bahan-bahan C untuk ditumbuk ( rencah)

  • 1 biji Cili Merah
  • 10 biji Cili Padi
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Belacan



Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Satukan kesemua Bahan A utama dan kacau sebati. Dadarkan bancuhan menggunakan non stick pan. layerkan Telur Dadar nipis nipis. 
  2. Kemudian,  Gulung dan hiris nipis-nipis.
  3. Selepas itu, Masukkan ke semua Bahan B untuk kerabu ke dalam mangkuk kecuali Ikan Bilis
  4. Gaul hingga rata.
  5. Renjiskan sedikit Sos Ikan
  6. Masukkan sedikit Gula, Jus perahan Limau Kasturi dan akhir sekali masukkan Ikan Bilis yang sudah digoreng,
  7. Kemudian, masukkan Bahan C gaul sehingga rata dan sesuaikan rasa.
  8. Selamat mencuba.


Credit to Razainiza Saad

0 Response to "Resepi Ringkas Kerabu Telur Dadar"

Post a Comment