Resepi Kari Telur Rebus Goreng

Semalam pergi kenduri, dapat bunga telur. Jadi kita masaklah Kari Telur Rebus.


Kari Telur Rebus - gambar goggle

Bahan-bahannya

  • 5 biji Telur Ayam - direbus dan digoreng
  • Minyak Masak - secukupnya
  • 3 ulas Bawang Putih - ditumbuk
  • 4 Biji Bawang Merah - ditumbuk
  • 10 Tangkai Cili Kering - dikisar
  • Rempah 4 sekawan ( Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kayu Manis, Buah Pelaga)
  • Halba
  • Daun Kari
  • Rempah Kari 
  • Air 
  • Santan Pekat
  • Ubi Kentang
  • Tomato
  • Cili Merah
  • Cili Hijau
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Goreng telur rebus sehingga kulit luar garing
  2. Tumis rempah 4 sekawan, halba & daun kari hingga naik bau
  3. Masukkan Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili kisar, tunggu sehingga naik bau
  4. Masukkan Rempah Kari yang telah dikacau dengan air. Tumis sehingga pecah minyak
  5. Masukkan Air dan tunggu hingga kuah mendidih
  6. Apabila kuah mendidih, masukkan Ubi Kentang dan juga Santan
  7. Apabila kentang hampir empuk, masukkan Telur Rebus dan tomato
  8. Perasakan dengan Garam, Gula dan serbuk paprika- jika mahu lagi pedas
  9. Sedia untuk dihidangkan

0 Response to "Resepi Kari Telur Rebus Goreng"

Post a Comment