Resepi Sayur Bayam Merah Tumis Air

Ada sedikit info sihat tentang khasiat Sayur Bayam. Semoga dapat memberi manafaat. 

 Penggunaan bayam kerap boleh membantu kita mendapatkan jantung yang lebih sihat dan terjaga .

✔ Mengandungi kira-kira 166 miligram glutathione setiap satu hidangan.

✔ kaya kalsium dan zat besi ini juga sangat baik dalam menjaga kesihatan tulang

✔Vitamin B dan pelbagai vitamin lain di dalamnya dipercayai untuk membantu badan sentiasa dalam bentuk, tenaga dan penumpuan otak.

✔ zat antioksidan Mengesan risiko kanser lebih awal, membunuh sel-sel kanser untuk mencegah juga merawat risiko

Jadi rajin-rajinlah, memakan sayur sayuran dan buah buahan

Credit Pic : Ayu.Shuhami


Bahan-bahannya

  • 500 gram Bayam Merah
  • 2 biji Bawang Putih (dihiris)
  • 1 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 100 gram Ikan Bilis (dibersihkan)
  • 2 sudu Minyak Masak
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya


Cara-cara menyediakannya

  1.  Sayur Bayam diasingkan daripada batangnya dan basuh.
  2. Tumis Bawang Merah, Bawang Putih, dan Ikan Bilis sehingga wangi.
  3. Kemudian , jeruskan sedikit Air dan biar kan seketika separa mendidih. 
  4. Masukkan Sayur Bayam dan Garam. Kemudiaan kacau rata.
  5. Apabila layu, tutup api dan boleh dihidangkan

0 Response to "Resepi Sayur Bayam Merah Tumis Air"

Post a Comment