Resepi DIY : Homemade Ikan Rebus (Halalan Toyiban)

Cara buat sendiri Ikan Rebus, senang sangat-sangat. Jom buat sendiri, Bersih, Yakin, Dijamin Halal. Hehe..Lebih bila digoreng garing bersama bawang merah, cili api pasti mengamit selera anda sekeluarga. Ia sesuai dikala kita inginkan sesuatu yang ringkas dalam masa yang singkat. Seperti dibulan puasa ( berbuka puasa atau sahur). Let check it out.





Bahan-bahannya

  • Ikan Kembong *size sederhana
  • Garam
  • Asam Keping / Limau Nipis
  • Minyak Masak
  • Air

Cara-caranya

  1. Bersihkan Ikan , (buangkan segala perut Ikan) dengan Asam Keping atau Limau untuk mengurangkan bau hanyir
  2. Kemudian , Lumurkan dengan Garam
  3. Titikkan sedikit Minyak Masak agar Ikan nampak sedikit berkilat
  4. Kemudian, kukuslah Ikan dalam 15 -20 minit (terpulang pada kuantiti Ikan) Jangan terlalu lama/lembik
  5. Selepas itu, sejukkan seketika sebelum dibekukan didalam Peti Sejuk.
  6. Bila hendak makan, ia sedia untuk digoreng / untuk dibuat kuah laksa
  7. Kalau goreng, goreng rangup-rangup ya. Cicah dengan Air Asam.




0 Response to "Resepi DIY : Homemade Ikan Rebus (Halalan Toyiban)"

Post a Comment