Resepi Kuah Laksa Ekspress

Untuk Para-para beginners yang baru berjinak-jinak ke dapur, pasti rasa nak masak laksa amat susah dan remeh. Tambah pula, kita memang tiada masa untuk ke dapur, kerana seharian bekerja.  Hari ini , saya ingin kongsikan cara-cara yang terpaling mudah untuk memasak kuah laksa selain kita beli terus sahaja..hehehe.. Manala tahu boleh cuba terus pada hari weekends,








Bahan-bahan dan Cara-cara ekspress untuk membuat kuah Laksa 

Bahan Utama 

  • Sardin dalam Tin ( Apa2 jenama pun tak apa) dibilas sekali lalu dan (diblend) dikisar kasar


(Bahan-bahan dibawah diblend (dikisar), Selepas itu, terus masukkan ke dalam periuk)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 2 Sudu Besar Cili yang dikisar
  • 5 Tangkai Cili Api
  • Belacan
  • Air *Secukupnya
Bahan-bahan yang lain 
  • Daun Kesum 
  • Bunga Kantan
  • Asam keping
  • Air
  • Garam


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, biarkan ia masak dan mendidih diantara 20 hingga 30 minit
  2. Siap dihidangkan bersama-sama laksa dan sayur-sayur ulam (Timun, Bawang, Salad, Cili Api)

0 Response to "Resepi Kuah Laksa Ekspress"

Post a Comment