Resepi Kandi Kelapa - Coconut Candy

Cik nak kongsikan resepi membuat manisan kelapa yang amat sedap ini, balance-balance Kelapa parut, kan boleh guna untuk buat kandi pula, hehe.. Moh kita mulakan.  

Pilihan warna yang menarik dan kesukaan ramai
Sebelum dicampur pewarna




Bahan-bahan yand diperlukan 
  • 500 Gram Kepala Parut - Putih sahaja
  • 500 Gram Susu Pekat Manis - 1 tin
  • 350 Gram Gula Pasir
  • 2 Sudu Besar Mentega atau Minyak Sapi
  • Esen Vanilla
  • Pewarna Masakan *warna yang digemari
  • Loyang 11x8inci di sapu mentega atau Minyak Sapi
Cara-cara untuk menyediakannya
  1. Pertama, Satukan kelapa parut, gula pasir dan susu pekat ke dalam kuali, kacau hingga sekata dan pekat.  Masukkan pewarna dan kacau lagi sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan minyak sapi atau mentega dan esen vanilla, terus lagi menggacau hingga adunan tidak melekat di kuali 
  3. Setelah masak, masukkan adunan ke dalam loyang, ratakan dan tekan dengan alas plastik sehingga padat
  4. Biarkan ia sejuk sebelum di potong seperti kuib.
  5. Selamat mencuba manisan yang senang ini =)


0 Response to "Resepi Kandi Kelapa - Coconut Candy"

Post a Comment