Resepi Kuih Kirai Coklat


Bagus juga bila netizen semakin kretif dalam masakan, jom kita cuba buat kelainan Kuih Roti Jala atau juga dikenali sebagai Roti Kirai..Perisa Coklat , tentu sedap bukan., Tetapi perlu disediakan dan nikmati ketika panas-panas. Jika tidak, rasanya kureng sedikit.. Melainkan sos manis anda masih suam-suam dan sedikit cair.  Mari kita tengok sukatan-sukatan bahan dan cara pembuatannya ..

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Air
  • 1 Sudu Minyak Masak
  • 1 Biji Telur Gred A
  • 2 Sudu Kecil Cocoa Powder atau boleh digantikan dengan Serbuk Milo
  • 2 Sudu Besar Gula Pasir
  • 2 Sudu Besar Susu Pekat Manis
  • Secubit Garam


Cara menyediakan resepi ini:

  1. Satukan semua bahan ke dalam Alat Pengisar dan kisar sebati dan Kemudian tapiskan
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala ( acuan botol 3 muncung )
  3. Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak. Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  4. Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja. Kemanisan sedang2 jer. Boleh jugak dicicah susu pekat manis atau sebarang sos manis kegemaran anda. Dibawah saya kongsi beberapa sos manis untuk tatapan anda. 
Bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat Sos Karemel / Salted Karamel



Bahan bahan
  • 1 Cawan Gula
  • 6 Sudu Butter atau 90gram jika dalam ukuran gram
  • Whipping cream atau heavy cream 1/2 cup
  • Sedikit garam sekiranya suka (sekiranya letak garam jadilah salted karamel)
Cara cara
  1. Pertama, masukkan gula dalam periuk.   Masak sampai cair dan perang jadi perang macam nak buat puding karamel tu atau gula hangus tapi jangan sampai hangus pulak ya
  2. Kemudian masukkan butter, pada masa ni jangan terkejut gula akan jadi macam bubble mendidih bila butter dimasukkan, teruskan menggacau sampai butter cair.
  3. Akhir sekali masukkan whipping cream tadi, campuran akan lebih menggelegak..jangan risau terus kacau sampai sebati semuanya sehingga campuran dah kurang menggelegak lagi dan sebati. 
  4. Siap dah sos karamel kita..senang kan..bolehla disimpan dalam bekas kedap dan simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Bahan-bahan dan Cara-cara untuk membuat Sos Coklat

  • 200Gram Coklat Masakan
  • 200Gram Susu Fullcream atau Susu cair
Cara -cara membuatnya
  1. Guna kaedah ‘Double boiler’ bagi bahan-bahan tersebut sehingga cair.
  2. Siap! Sedia dihidang.



0 Response to "Resepi Kuih Kirai Coklat"

Post a Comment