Resepi Makaroni Udang

Okay, pada pasangan yang sudah lama atau baru berkahwin, bercadang untuk nak beromantik-romantik sempena anniversary malam ini, untuk candle light dinner di rumah sahaja. Jom masak Macaroni Udang ini. Resepi ini sangat ringan, tidak begitu berat untuk makan malam.   


Bahan-bahan yang diperlukan - Untuk Dua orang makan 

  • 100 Gram Makaroni
  • 5-10 Ekor Udang
  • 20 Gram Mixed Veggies
  • Cili Padi - Secukup rasa
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 30 Gram Keju Romano
  • 50 ml Krim Masakan
  • 1\2 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak

Cara memasaknya adalah 

  1. Panaskan Minyak dan tumis Bawang Putih hingga garing.
  2. Masukkan Udang.
  3. Masukkan Mixed Veggies
  4. Masukkan Serbuk lada hitam dan Garam.
  5. Tuang Krim masakan dan kacau rata.
  6. Masukkan Makaroni dan gaul rata.
  7. Taburkan keju Romano rata dan angkat.
  8. Sedia dinikmati.

0 Response to "Resepi Makaroni Udang "

Post a Comment