Resepi Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah

Walau pelbagai masakan viral dan western yang terkini, akan tetapi yang lama tetap menjadi pujaan hati.. Resepi Nasi Tomato yang mudah ini amat sesuai untuk mereka yang ingin kan sesuatu yang ringkas. Jom lihat dibawah  


Bahan-bahan untuk membuat Nasi Tomato

  • 2 1/2 Cawan Beras biasa- dibersih dan ditoskan (Kalau guna beras basmathi rendam selama 20minit dan toskan)
  • 3 Cawan air
  • 1/2 Cawan Susu Cair
  • 2 Sudu Besar Minyak Sapi
  • 3 Sudu Besar Tomato Puri

Bahan untuk menumis (Untuk Nasi Tomato)

  • 2 Kuntum Bunga Cengkih
  • 1 Kuntum Bunga Lawang
  • 3 Biji Buah Pelaga
  • 5 cm Kulit Kayu Manis
  • 1 Labu Bawang Besar - dicincang
  • 2 Ulas Bawang Putih - dihiris
  • 1 inci Halia - dihiris nipis
  • 2 Helai Daun Pandan - disimpul
  • Garam secukup rasa
Cara-cara untuk menyediakan Nasi Tomato


  1.  Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 2 minit.
  2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
  3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
  4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
  5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa
  6. Apabila sudah siap, Boleh taburkan daun Pudina dan bawang goreng sebagai penambah rasa msakan. 

Bahan-bahan untuk masakan Ayam Masak Merah

Bahan A

  • 1/2 Ekor Ayam - dipotong kecil
  • Garam dan Kunyit secukupnya - untuk menggoreng ayam
  • 2 Batang Serai - diketuk
  • 1 Labu Bawang Besar - dipotong bulat

Bahan B - Dikisar

  • 5 Ulas Bawang Merah
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 3cm Halia
  • 10 Tangkai Cili Kering - direbus hingga lembut dan toskan
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram

Cara-cara untuk memasak Ayam masak Merah

  1. Pertama, Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga keemasa dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga berbau wangi serta masukkan serai serta bawang besar.
  3. Perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata.

0 Response to "Resepi Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah"

Post a Comment