Resepi Biskut Raya : Biskut Bangkit Cheese

Biskut Bangkit Cheese



Bahan-bahan

  • 250 gram Mentega
  • 180 gram Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250 gram Tepung Ubi - sangai selama 10 min
  • 225 gram Tepung Jagung
  • 1/2 sudu kecil Baking Powder
  • 70gram Parutan Keju Cheddar- untuk letak dalam adunan
  • Kuning Telur  - Sapuan terakhir
  • Sedikit Parutan Keju - untuk hiasan


Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Pukul Mentega & Gula Aising kedalam mixer sehingga sebati.
  2. Masukkan Kuning Telur & pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan Tepung Ubi, Tepung Jagung, Baking Powder, Parutan Keju Cheddar, pukulkan sehingga menjadi doh. 
  4. Biarkan ia seketika lebih kurang 30 minit. 
  5. Kemudian , boleh mula mencanai dan tekap dengan acuan.
  6. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
  7. Bakar 160C lebih kurang 15 -20 minit.
  8. Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Biskut Raya : Biskut Bangkit Cheese"

Post a Comment